MINGGU KE-7

 MINGGU KE-7, RABU, 20 APRIL 2022, 3:00 p.m.

Pada minggu ini, setiap kumpulan ditugaskan untuk membuat ulasan berdasarkan video alam sekitar yang diberikan. Ulasan adalah seperti dibawah.


Alam sekitar yang bersih dapat memberikan kesan yang baik kepada masyarakat. Namun sejak kebelakangan ini, kegiatan pencemaran alam sekitar semakin meningkat.

   Antara salah satu faktor berlakunya pencemaran alam sekitar adalah kerana sikap masyarakat sendiri. Rakyat menunjukkan bahawa mereka tidak mengendahkan kebersihan terhadap alam sekitar. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman kini sering membuang sampah di merata tempat tanpa memikirkan kesannya. Hal ini juga akan menyebabkan air di dalam longkang bertakung dan seterusnya menyebabkan longkang tersumbat sewaktu hujan.

   Selain itu, sesetengah kilang juga hanya memandang enteng terhadap isu penjagaan alam sekitar. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah kilang yang membuang bahan-bahan toksik di merata-rata tempat sehingga menjejaskan kebersihan alam sekitar. Kilang-kilang yang mengeluarkan asap secara berlebihan juga turut mencemarkan udara alam sekitar.

   Kesimpulannya,semua rakyat haruslah  menjaga kebersihan alam sekitar agar dapat mewujudkan suasana yang aman.


Link video yang diberikan: https://youtu.be/SieVTeKKVJM

Comments

Popular Posts